Friday, 8 July 2011

Jarak....

Jarak, 


Pemisah segala rasa,


pemisah segala deria,


yang menjadikan kita buta,


sementara atau selamanya?




setiap inci yang memisahkan,


hilang,


pabila ku amati kenangan bersama,


detik suka ria,


yang tiada lagi ulangnya...




Jarak,


si pemusnah harapan,


pabila mengharapkan pertemuan,


ianya melintang,


maka memalangi,


cinta dua insan...




kiranya sudah tertulis,


di pohon shajarah,


maka tpaksa ku redha,


walau dipaksa rela....




p/s: distance is inversely proportional to any kind of relation, distance always makes u wondering wat happens on the other side, and ull be hoping nothing bad wont happen... but u just wont know... 

Friday, 1 July 2011

jejak KTT.... rakan baru, tempat baru, pengalaman baru....

hari itu hari isnin... malam itu hujan renyai, buatkan jalan ke KTT basah dilitup air.... pagi yang mendung buatkan kepalaku yang sedia mamai bertambah mamai....

perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 45 minit kali ini menelan masa 2 jam.. akibat sebuah lori pasir  terbalik dan menyempang separuh jalan.....

Tiba sudah ku di KTT... kolej persediaan yang terdiri daripada 2 blok kedai... menggerunkan pabila difikirkan tentang status pendidikannya pabila dibandingkan dengan suasananya...

pendaftaran (selesai), check-in kediaman (selesai).... demikianlah 2 daripada aktiviti yang terdapat dalam senarai semakku..... aktiviti seterusnya? orientasi......

ceramah demi ceramah.... saat demi detik berlalu... bahang membuang masa kian terasa dan membakar cuping telingaku yang sememangnya nipis.... soalan ini tiba-tiba muncul didalam ruang fikiranku 'apa tujuannya diadakan aktiviti sebegini?'

tiba masanya untuk kami dibahagikan kepada 10 buah kumpulan untuk membuat persembahan di majlis penutup minggu ini... aku di dalam kumpulan ke-2 dan di'assign'kan tugasan untuk melakukan persembahan koir... selepas mesyuarat dan perbincangan diadakan, beberapa perihal ditetapkan bagi kelancaran kumpulan kami....

aktiviti berkumpulan bukanlah semata-mata latihan persembahan, akan tetapi disulami oleh permainan yang dianjurkan oleh fasilitator yang terdiri daripada pelajar senior....

agak remeh pabila difikirkan, namun gelak tawa rakan semasa bermain berjaya menambat hatiku yang sememangnya meronta-ronta untuk dibebaskan...

lama-kelamaan, fikiranku mula terikut-ikut untuk follow the flow... persembahan yang dulu ku fikirkan tidaklah sehebat dan sepenting mana aku letakkan sebagai first priority....

sampai pukul 3 kami berlatih sama-sama untuk persembahan... walau terdapat masalah teknikal, kami tempuhi bersama... aku, sbagai captain of the ship will never leave the hull though its sinking...

hari terakhir orientasi.... 5 hari sudah berlalu rupanya.... 'kejap kosai' getus hatiku... baru saja aku mulai untuk enjoy and cherishes the moment.... 

tapi kini, kenangan itu hanya mampu untukku potretkan dalam satu gambar.......


kenangan indah? lagu samson lak aih.. hahahahaha...

biarpun keseluruhannya, bukan group 2 a.k.a. chillax jadi juara, namun, dari segi enjoyment, we are the best... next time mungkin tidak lagi kami semua akan berjumpa, karena berlainan bound... 

Don't judges book by its cover
kata cikgu english ku di MTD dulu... betol katanya... biarpun KTT tu kecil dan tidak seindah taylors university lakeside campus, namun hati dan semangat pelajarnya besar.. apa mungkin lebih besar dari hati dan jiwa pelajar university laen? sudah tentu....

kian membara api 'pelajar KTT' didalam jiwaku.... tiba masanya untukku tumpukan perhatian dalam pelajaranku...

p/s- 5 hari yang sibuk, penuh aktiviti, tak sempat aku nk kontek sangat intan payung ku... cik teha.... mintak maap banyak2 cik teha, bukan karena aku lupa, tapi karena aku cinta ^^ weekend ni kiter bersua k.. ^^
 





Thursday, 23 June 2011

sinopsis perjalanan PD backpackers.....

hari itu hari selase... 210611... terbitnyalah perjalanan sang pencinta dan pengembara R.A.I.D.S dengan ketiadaan OP Ajis yang terpaksa 'bail out' pada saat terakhir kerna permasalahan keluarga yang dihadapinya...

perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam terisi dengan saat-saat yang menggembirakan... almaklumlah, convoi 2 kereta 1 motor (ninja credits to OP Sagof)..

setibanya kami di Residence Desa Lagoon Resort pada pukul 1530H.. Check in, punggah barang dan berehat sebentar...

Teluk Kemang destinasi kami seterusnya... Makan petang bagi mengisi perot yang kosong dek perjalanan tadi.. memang bagus, sblom berenang makan -,- 


titerw makan sampai lebam....


from left OP Soksek, OP Dinnie, OP Ali, OP Sagof, OP Lullaby (den la).. 
not in picture OP Meme, OP Benji...

Malam datang menyinsing... selimut kegelapan mulai menyelubungi langit sambil sang mentari menyongsang ke arah barat dan menghilangkan diri dalam ufuk nyata... Kian juga perot-perot busung si R.A.I.D.S. backpackers mulai menjerit2 pintanya untuk di isi, so, orang PD, OP Meme tunjukkan kami restoran ni...


OP Soksek dgn gaya tak dapat makan lagi.. 


OP Benji dgn gaya pelik tak pernah pakai sudu walaopon 2 tahon kat RMC...


OP Sagof dengan gaya kenikmatan makanannya....


OP Dinnie 'Best Bro'


OP Lullaby (aku) yang makang agak glojo =.=

Perjalanan hari pertama si backpackers raids diakhiri dengan melepak di pantai Bt. 4.....


menghirup udara nyaman di pantai Bt. 4....


I-City PD =.=

Hari ke-2 datang menyinsing.... Main agenda bagi harini adalah BBQ~!! just the tought of it makes me hungry... 

barangan mentah sudah dibeli, disiang, dan diperam... lincah kosai, kater boy~~... hahahaha... 

makan angin di PD sampai lebam, Karaoke, bola tampar pantai, BBQ aktiviti seterusnya.....


mengampong =.=


the chicken 'peram'ers...


khayal memikirkanmu... dah makan ker belom?


jason mraz celop....


suar jeans + rayban + phone + mentari + pantai yang indah = di'kau' + infinity


Bola Tampar pantai + orang PD = hebadd...


Kosai punyer setter OP Lullaby (aku)..


Futsal pantai~!! hebadd kott...


BBQ big time ~!!


Chef OP Benji ~!!

Rasanya sekelip mata saja sudah tibanya hari ke-3... hari kepulangan kami semua... sob3... alangkah baik sekiranya masa itu dapat dipanjangkan lagi sehingga selama-lamanya.. tapi tidak... gua nak masok U suda...

aktiviti fevret kami di PD? opkos berenang dalam kolam.. -,-


posing dalam kolam -,-


memang kurang la ayak kolam tuh.. haha


OP Benji dan OP Meme...


Dalam ayak pon buley tangkap gambaq~!



Atas ayak pon buley~!!


The OP's of Brav93 who participated for the journey...

"setiap permulaan pastikan ada pengakhirannya jua"
Kata-kata pujangga yang terngiang pabila setiap kali kata-kata perpisahan mahupun Auld Lang Syne didendangkan.... Begitu lah juga bagi perjalanan backpackers yang secara rasminya berakhir tepat 1200H...

Sedang aku driving, OP Benji sudah terlena di pangku bangku... Perjalanan pulang terasa pendek... Tanpa menghitung detik masa, sudah tiba aku di exit Kuala Lumpur... Tibalah aku ke rumahku surgaku....

p/s - the best trip ive ever had with bloodbrothers.... though not all come, still it happen and boom.. hhaha.. next one wud be a family day to Melbourne, Australia... 10 years from now.. so yang da kawen ley bawak family.... 10 tahon tu gua baru jd MO -,- kawen pon baru nak kot... haha... ciao...

Thursday, 16 June 2011

Bidadariku.....


Oh bidadari,

bertemankan syair oleh awan,

di saat rembulan, tidak putus menggesek dawai biola,

tuk memujuk bidadari,

agar tidak melupakan,

kasih yang sedia berkelana,

di dalam jiwa....


Tidurlah bidadari,

agar kau kan impikan si pujangga,

sehingga ke pagi hari,

untuk kebahagiaan di setiap masa....


p/s = x pasal2 den ber'mood' jiwang utk post kali ni.. haha...

Monday, 13 June 2011

tiada lagi orang bodoh jadi kaya....

Sehari suntuk aku di rumah, terlantar di atas katil... cuba memikirkan aktiviti yang patut aku lakukan bagi menggantikan rutin menanam anggur... haha.... walaubagaimanapun, cubaanku ternyata gagal....


"tan~!! pegi amek papanyer kat tempat keje~!!" jerit mak -,- gugup sebentar denyutan jantung ku.. terkejut dibuatnyer... haha... jangan terkejut, selain daripada menjadi penanam anggur berjaya, aku juga drebar family kehormat.. haha


"okay~!!" sahut ku pendek tanpa dakwa dakwi... sememangnya aku sedikit gembira, kerna akhirnya ada juga kerja yang produktif boleh aku buat.. haha


tanpa melengahkan masa, aku bersiap, terus mencapai kunci kereta 'porsche'ku dan terus menggelungsur di jalan raya ke pejabat bapaku di bangi...




jalan jam nak mampuih gue cakap sama lu... maklumlah, org balek koje...

sesudah sahaja 'fetch' bapaku, sudah menjadi rutin bagi kami utk berhenti seketika untuk menikmati makan malam bersama... 


selesai... bapaku mencucuh rokok kegemarannya, Surya ori.. kian juga dia berkata... 'skarang ni, pupus sudah golongan yang bodoh menjadi kaya, dan terbit pula golongan yang pandai menjadi kaya..'


kening mataku meruncing, cuba untukku amati maksud yang tersirat dalam kata-katanya...


asap rokok berkepul-kepul di ruang gema, sampai membuatkan aku terbatuk-batuk kecil... dan dia menyambung lagi ' janganlah jadi macam mama and papa ni.. ambil peluang yang ada untuk belajar bersungguh2 dan berjaya... persaingan ramai skarang ni...'..


aku mengangguk, tanda faham akan maksud bicaranya tersebut... rasa salah dan kesal aku timbul karena aku tak menghargai masa di rumah.. habis-habis, lagho juga aku lakukan... MasyaAllah....


'Ane, bill~!!'... selesai membayar bill kat mamak tu, kami pulang ke rumah.... kata2 beliau sememangnya memberi kesan kepadaku ^^


p/s: gua tak saba nk masok U~!!!!

Saturday, 4 June 2011

manusia & FB.....


kalau dulu, nk mengorat awek, soalan 'hot' kaum adam akan bertanya 'boleh mintak nombor?'
tapi skang dah tukar, mgkn teori cam teori revolusi darween gak la kot, dorg akan tanye FB... huhu...

tu senarnyer analogi yang aku gunekan untuk menggambarkan betapa pentingnya FB di kalangan manusia zaman sekarang ni... bisnes, komunikasi, mahupun perihal peribadi sey... jual tudung, cari jodoh, jual kuih, sembang politik... sume tu ley kiter cari kat FB...

aku tak kesah sgt la pasal sumer tu.... tapi ni ade segelintir daripada makhluk allah bernama manusia, berbangsa MELAYU yang terlalu taksub dengan FB ni sampai tak tido malam.. haha... yang menerukkan lagi keadaan (ade ker perkataan menerukkan?), ader yang bwat hal kat FB lak tuh... bergadoh lak en dalam FB... haish menyirap hati gua....

aku taknak cakap pape la en pasal gado2 kat FB ni.. aku rase immature satu, and tak bermoral la... FB yang sepatotnyer perihal remeh dijadikan perkare penting.. mmg parah la en... kalo nk gado kt luar jer ler... -,- kt FB gado stakat penat jari nk menaip.. hahahaha....

haish... gua bagi korang point tu tuk berfikir.. so renung2kan lah.. dan selamat beramal....

p/s - aku takdela anti-bdak FB... aku pon ade FB, tapi perihal remeh, diketepikan la yer...

Monday, 30 May 2011

rezeki tak ke mane...

rezeki tak ke mane.... kalo takde disini, disitu la kot... kata2 bapa yang takkan aku lupe sampai aku mati...

aku dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia atau pon best said as UPNM/NDUM... aku tak terkejut dapat tawaran tu... sesungguhnya pelajar MTD memang dikehendaki pon utk masok kat situ... alasannyer? bdak MTD dapat cope with stress yet strive in academic...

walaubagaimanapon, jerih perih aku selame 2 minggu lebey kurang untuk menghadiri interview UPNM tu aku hargai karena dapat jugak aku tempat tuk blaja nanti... agreement, perihal surat menyurat yang agak tebal tu sudah aku selesaikan... hanya menunggu masa saja aku perlu buat... iaitu 22 Mei 2011... D-day untuk aku melapor di sana...

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang sentiase gah dengan latihan dan lagendanya.. hahaha

walaupun aku tak kisah masok UPNM, tapi entah kenape, hatiku tidak merelakan... tapi itu sumer mental.. aku terima jer la seandainya dah takdir aku kne pergi ke situ... tempat aku sudah aku bergelinjang dan masak selama 2 tahun.... sudah aku dapat bayangkan rupa aku sebagai pegawai kadet pada satu hari nanti kelak.... yang pasti, blacker and fitter lah.. hahahaha...


lebey kurang macam ni la aper yang aku bayangkan.. haha... pegawai kadet terbaik..~!!

tapi mungkin harini adalah "disitu" dalam statement tu bagi aku..... aku tengah lepak dekat BB time tu dengan OP Joebrocx freeman... dan tiba tiba pangilan yang tidak diketahui mendatang... OP mice rupanya... dier kate yang dier dapat JPA scholarship... tiba-tiba hatiku merusuh... hari yang aku tunggukan tapi dah banyak kali postpone sudah tiba.. 'agak2 aku dapat tak?'... getus hatiku...

Sampai di rumah, tak aku lengahkan lagi masa untuk cek keputusan kehidupanku... Ang ni pasaipa kalut sangat ni? tanya mak aku.. aku pon jawab.. result JPA mak, dah kuar~!! aku jawab dengan tergesa gesa...

'Tahniah Muhammad Amirul Ashraf bin Abu Talib, anda telah dapat scholarship JPA' *lebey kurang macamtu la ayat first website tu.. hahaha...

so, aku dapat biasiswa JPA la.. peluang aku untuk melanjutkan pelajaran ke oversea dalam bidang perubatan... (bukan perubatan pertahanan yer...).. untuk lebih spesifik, program ijazah luar negara, 6 tahun di Czech Republic...

Alhamdulillah, syukran ke hadrat illahi karena memberikan peluang kepadaku ^^ dan insyaAllah next year september fly....

walaubagaimanapon, aku kne score a-lvl stahun dlu, kalo flung tak fly gak aku.. haha

ok... memandangkan da banyak kawan aku pg masok U, dan ade jgk yg da fly... i wish u all Gudluck and Happy sokmo selalu di U.... Dah kaye jangan lper aku wey ~!! haha

habok ~!!

ermm... da lame jgk aku tak update blog aku neh ha...

ley dkatekan sbg separa mati or nyawe nyawe ikan la en... hahahahaha.... tanyer la aku knape.. dan jawapan yang korang akan dengar dari mulot aku yang terkumat kamit sentiase ni adalah malas dan takda masa...

kalo nk diikotkan, banyak jugak cerite yang nak di ceritekan....

haaa~!! ce cite ce cite... mgkn bisikan hati korang en.. hahahaha.... takpe, mgkn kalu aku rajin aku akan post la... MUNGKIN... haha...

ok.. nantikan cite cite menarik nanti yer ^^

Friday, 1 April 2011

Jumaat: penat, pelik, pekse....

Harini ari jumaat… da la jumaat, midsem final day lak tuh…. Hadoiyai… bukan ape yang aku rungutkan.. cume hari jumaat ni la bagi aku dari azalinya mmg hari yg memang memenatkan..
 ntahla, mgkn hari penghulu segala hari ni mmg ditakdirkan untuk menguji khalifah2 di muka bumi ni…
semuanya start pagi tadi… jam locengku berdering spertimane yg aku set kan la… pkol 830 pagi… (psl smayang subuh tu, aku xlpas ek, just tido balek aftr dat, muahahaha)… tapi, almaklumlah, smenjak da jd op ni kan, da susa da nk bangun awl, asl berbunyi jer jam loceng, mestila snooze bebape kali (at least 3-5x) sebelum berdetik di hati untuk pergi ke tandas mem’fresh’kan badan…
namun, ari ni pelik sikit… asal aku snooze jer, da x berbunyi terus jam loceng tu… tau tau jer, da pkol 930… exam Malaysian stadi da la pkol 10… aku pon ape lagi, teros melompat dr katil, mandi ‘kerbau’, perkemaskan diri, ambil barang, dan terus cabut ker MSU…
phew, nasib baek sempat… dan harini aku dah pastikan, slip pekse x lupe dibawa macam time exam bio.. hahahaha… masuk saje ke bilik pepiksaan, duduk, dan mulalah coretanku di atas kertas berwarna kuning yg menjadi mangsa keadaan idea idea ku…. Dalam sejam slepas tu, sume jawapan siap di jawab… kawan sekelasku, sam, masih tergaru2 menjawab soklan seksyen B… ade sejam lagi ni… nk bwat aper? Tanpa melengahkan mase, aku sematkan kertas jawapan dan terus minta kebenaran invigilator utk blah dr bilik tuh… menerusi kaca tingkap bilik tersebut, dari luar… kawan ku, bername suren sdg menunjukkan jari tengahnyer kepada aku.. aku hanya mampu mengukir senyuman dan blah dari situ… saje utk menyakitkan hati, aku text suren yg aku tggu dier bwh jambatan…
langkah demi selangkah aku orakkan… tak lame kemudian sampai sudah di pintu medan selera tesco… perut ku berkeroncong ni.. jam menunjukkan sudah pukul 1145… nk lunch ker x? xpela, tggu bdak2 ni abes exam baru mkn sesame… sambil duduk di atas railing, aku nyalakan sebatang sigop dan melayan fikiran sejenak… tiba2, seorg mak cik cleaner ni dtg… dier tanyer, “sorang jer dik? Slalunyer dgn kawan kan? Ade masalah ker?”…. dalam hati aku, biler lak mak cik ni knal aku.. mgkn dier slalu nmpk aku kot… begitulah dunia.. org di atas sentiasa kiter pujakan, org di bawah kita lupakan… aku pun reply la, “haah, sorg jer... xde la… just dorg tgh exam lg.. sy tgh tggu dorg la ni utk pg lunch..”.. “bagos la tu dik, hidop ni kalo boleh jgn la bersorang, kalo tidak, tak manis la kehidupan ni..”… mak cik cleaner tu berkate sambil carry on menyapu lantai… semakin lame, smakin jauh dier menyapu dan kelibatnyer pon hilang..
sigop di tanganku habis terbakar sendiri, mengenangkan kata kata mak cik cleaner yg mendalam tu.. bler dkenangkan balek, ape tujuan dier ckap mcm tu? Dier nk kate aku ni pentingkan diri ker? Mgkn la kot… tp yah, betol ckp dier… hidop ini, biarlah berkawan… jgn berseorangan… bak kata pepatah, ibarat kera sumbang kalo kiter ni solo jer… tanpa kawan, siapa la kiter? No stadi grup, no teman berborak, no teman untuk di ejek.. no teman untuk mewarnai kehidupan.. akan tetapi, jgnla kite ni mempercayai teman smpi membute tuli… takot2 harapkn pagar, pagar mkn padi.. aku pernah alami nyer dulu.. dan yah, parut pengalaman masih segar terasa, membwatkan aku susah nk pcaye org skang ni.. huhu…
Aduh! Melecur tangan aku -,- hangat sigop membakar kulit jari ku yg sudah sediakala hitam… hahaha… jam da pkol  1210… “mesti dorg da kuar ni” getus hati ku…tanpa melengahkan masa, aku pon berjalan la ke bawah jambatan dan menunggu dorg utk pergi lunch bersame sperti yg aku janjikan…

p/s: - si bebudak lelaki cfs, baek pnya layan cc petang td.. haha
      -  dan ternyata sekali, tanggapan rebecca black terhadap friday salah... hahahaha

Biografi si Hang Kalbun: Pulang...

Kung kang kung kang… bunyi yg aku dengar dlm kete kude yg dorg supply utk balek ke rumah… cutila katerkan…. aku terpakse bersile kt dalam kete kude tu… lantai yg diperbuat dr besi buat punggung ku kebas sentiase… tp, disebabkan oleh perasaan riang gembira nk pulang ke rumah melalikan kebas di punggung ku… hahaha… excited wey… mcm aku ckap dlu, jarak dr negeri Sparta ni dgn negeri aku jauh so, amek mase dalam satu setengah hari untuk sampai ke destinasi... Masa membuatkan ku terlena di dalam kete kude tu… tetibe, bunyi “kung kang kung kang” kete kude yg sudah lali menjadi halwa telinga ku sepanjang perjalanan berhenti… kesenyapan mengisi ruang gema… “sudah sampai der, turun doe” kata abang driver tu kat aku… Aku pun turon la menjejakkan kaki aku buat kali pertamanya di tanah bumi tercintaku, Taring Anu… sebaik jer aku berdiri tegak sambil menghirup udara nyaman, baru aku terigt… family aku kat JOHOR-RIAU!!!!! Haha.. Tanyaku kepada abang driver tu balek… “bang, sori ar.. silap tempat… tlg antakan ke johor-riau nyer stesen ley, tluper ar rumah baru kt sane..”… sambil tersengih, abg driver tu pun menganggukkn kepalanya dan ktorg pon carry on perjalanan.. Setibenyer ke Johor-Riau, bunyi laut memukul pantai dapat kudengari… ku menjenguk keluar tingkap kete kude tu dan angin pantai manja menjengah mukaku… “dah sampai wey, ko jgn ckap umah ko bkn kt sini lak, penampo sebijik kang…” abg driver berkata… aku yg tersipu malu mendengar kata2 tersebut terus ambil beg2 aku dan terus cabut… “mekasey bang, jumper lagi yer”…. Bandar johor-riau ni maju.. maklumlah, pelabuhan entrepot la katekan.. haha.. selepas itu, puas aku berjalan sensorg melalui belukar dan denai, bertanyakan soalan dengan penduduk tempatan.. akhirnya, jumpa juga aku rumah laksamana Omar bapa mentua ku… Rumah dier, perh.. lawa sey… Rumput menghijau di halaman yg dihiasi bebunga kecil berwarna warni ibarat surge dunia… “assalammualaikum~!!!” jeritku dari luar rumah… Prappppp… tingkap kecil disisi rumah tu terbuke… kemudian, muncullah wajah insan yg paling aku syg di dunia ni, isteriku… kami berlari ke arah masing2 dan menyambut pelukan masing2 dengan erat sekali… “rindunyer kat syg…” bisikku kepada si dia “same la kiter, igtkn abg da dpt isteri laen xmo balek umah, surat pon xmo anta”… itu pulak dikatenyer -,- aku pun masukla ke dalam rumah itu, dijamu dengan hidangan yg sudah lame aku idam… mmg betul ape yg aku fikirkan dulu, inilah surge dunia…. Bapa mentuaku keluar memburu dengan rakan sejawatnya selama 2 purnama… eloklah tu, more time to spend with my family…. Anak ksygn ku dah start mengaji kat madrasah berdekatan, so, dier belum pulang lagila… sepurnama aku luangkan di rumah ku itu… setiap saat, setiap hari, merupakan anugerah yg maha esa bg ku…. Namun, masa tidak menunggu… tahu tahu, detik detik manis di rumah sudah pun berakhir dan tibanya pula detik penyeksaan mental dan fizikal… Di suatu hari yg hening, tibalah masanya untuk aku untuk pulang merantau.. Lambaian terakhir kepada family yg amat ku cintai untuk sekian masa merupakan duri yg amat halus dan tajam yg sentiasa akan menusuk hatiku… “selamat tinggal syg2 ku” ucapan terakhir ku kepada si isteri dan anakku sambil menitiskan air mata… kete kude yg disupply untuk pulang mula bergerak… semakin jauh kete kude bergerak, semakin kecil pandangan ku kepada family yg sedang melambai dan pandangan itu hilang apabila kete kude memasuki selekoh ke dalam denai….  Duduklah aku, dalam kete kude berlantaikan besi ditemani bunyi2 yg membingitkan sehinggalah sampainya ke destinasiku, Kolej tentera ada raja (beraja), negeri Sparta…. End of part 3…

Wednesday, 30 March 2011

Biografi si Hang Kalbun: kesengsaraan yg bermakne...

2 minggu sudah berlalu sejak aku meninggalkan tanah air tercintaku, taring anu, untuk menimba ilmu di negeri Sparta… orang putih atau orang kampong aku cakap, every new day is a new gift from god… tp, bende tu tak ley diaplikasikan kat sini.. bagi aku, kat sini, every new day is a new and better hell.. stiap ari aku kene berguling, bergulung dan ape ape jer la lagi… at first, aku igtkn after 2 minggu ni, aku dapat bersenang lenang la, rupenyer bertambah terok lagi ade la.. 3 org insan berpakaian segak dan tampan ala2 askar yang aku first jumpe dulu ku ingatkan cahaya di lorong gelap, rupenye dorg lah dalang segala kegelapan.. haha.. tugasan demi tugasan, gulungan demi gulungan, tumbukan demi tumbukan, membuatkan aku rasa menyesal meninggalkan isteriku dan anakku di rumah bapak mentua ku.. setiap hari, bebanan yg aku pikul rase makin bertambah berat.. hari demi hari berlalu, tanpa kusedari, dah 6 purnama aku bertapak di negeri orang ni tanpa apa2 jenis perhubungan dengan sanak saudara.. hatiku berbisik ‘mesti family aku igt aku da mati ni’ sambil tersenyum sinis keseorangan di tepi katilku yg berhadapan dengan wardrobe yg juga milik aku.. wardrobe aku time tu terbukak… di sisi pintu wardrobe yang sudah hampir terkopak angkara manusia x bertamadun, ada terlekatnya gambar family aku… terflashback balek time kat umah aku dulu yg x pernah kosong dan senyap sebab sentiasa diisi dengan keriangan dan teriakan anakku.. tetibe, air mata jernihku menjurai jatuh menuruni pipiku yg kasar ni… ‘dapat ker aku bertahan lagi 18 purnama disini? Adakah aku akan masih berada di sini lagi satu minggu, sepurnama, mahupun setahun akan datang?’ bisik ku dalam hati.. masa dekat sini bukanlah teman yg akan menunggu kau, tahu tahu jer, dah pon seminggu.. Alhamdulillah sering ku ucapkan sebab makin cepat masa berlalu makin singkat masa aku perlu untuk tempuhi semua ni.. tapi, cepat juga masa berlalu, banyak jugalah bende aku tempuhi… di samping masa yg berlalu deras ni, ramai juga temanku yang terkorban akibat serangan jantung, mental disorder, dan kemalangan terancang.. yg menyayat hati, kesemua keluarga mereka x tahu apa yg sebenarnya berlaku kepada mereka.. huhu.. sedih bila dikenangkan.. tapi, ape lagi nk bwat? Redah jer la… syawal kian menjelma, disebabkan jarak menjadi pengantara, aku x dpt nk balek untuk beraya bersama keluarga tercinta.. so, terpaksala aku sambut raya bersama keluarge baru aku kat sini, skuad skuad aku yang sentiasa mengambil berat sesame sendiri.. And btw, final exam nk dekat, so, bwat sementare waktu, kitab kitab ilmu yang setebal betisku tu lah menjadi teman kisah suka dan duka ku… macam biase, time exam, ibarat ada gempa bumi di dadaku dan tsunami yang sering melanda hati..  bukak jer first page kertas kasar yg tertera kod subjek dan instruction yg diperbuat dari kulit pokok tu, otak aku jadi blank… hampir setiap kertas yang aku terima, benda sama berlaku berulang kali… hanya tuhan tahu apa perasaan aku time tu.. time nk amek result, aku di asingkan dari yg laen, kononnya spesel, rupenye tujuan dorg bwat camtu utk asingkan budak yg gagal dan lulus.. dan aku antara yg gagal tu la.. kami diberi notis tentang prestasi akademik kami yg merudum tu.. macam warning letter ar… hatiku rase macam remuk gler time tu.. nk berjalan pun x bermaya, inikan pula berkawad melalui denai untuk balek ke tempat penginapan masing masing.. sampai jer ke bilik aku, aku terus lenyapkan pandangan ku ke dalam bantal busukku sampai la jeritan bangun pagi keesokan harinya… terbitnya fajar saddiq, bermakna hari baru aku di sini bermula.. tapi hari ni macam laen dari yang laen… rase macam ringan… tugasan kurang diberi, tiada lagi teriakan yang membakar gegendang telingaku yang agak tebal ni… tapi, tetibe, kami diarahkan berkumpul untuk diberitahu sesuatu… sudah 12 purnama aku stay kat sini, but inilah first time arahan diberikan dengan nada yang mendatar, tiada kemuncak macam selalu… rupanya kami dibenarkan balek ke kampong masing2 dan fully support by the kolej management.. hatiku bagaikan melonjak keluar dari dadaku sebaik sahaja mendengar kabar tersebut.. just that, tau jer la, 12 bulan tanpa kabar berita dan tetibe dibenarkan balek.. hahaha.. segala jerih dan perih ku lalui selama ni rasa macam berbaloi.. aku lebih menghargai family yang aku miliki lebih dari dulu… perkataan Alhamdulillah lagi sekali menerjah keluar dari mulut ku dan air mata yg sering menemaniku setiap malam mula menjurai keluar semula, hanya disebabkan kegembiraan ku yg teramat sangat.. so, pulanglah aku kerumah bapak mentua ku selama sepurnama… end of part 2…

Tuesday, 29 March 2011

being a human is hard.. yet wonderful isnt it?

today was just another agonising day in SA yet wonderful i think..
u knoe y i said tht? just bcoz today's evening isnt raining and so, i can go back to my paradise, Brunsfield riverview apartment right after class without getting wet.. (well u knoe lately, every evening here wud be a wet one.. and so do i.. hihi)
my class ended at 5 today.. normally after tht ill have a teh tarik session with my pal, but i decided to like just simply go back home and print some stuff that fatin najihah asked me to help... after finish printing those stuff at the kedai mamak print downstairs, i went up to my sweet deluxe apartment...
as im was there, i threw all of my stuff on my bed and straightly go to my fav place around the house, the balcony.. most of my housemate haven't come back, so the place was kinda peaceful.. the balcony was facing towards KL.. so, the view was kinda nice.. as i gaze upon the horizon, like always, something caught my attention.. a guy with a motorcycle nearly got hit by a truck carrying some stuff (i think its furniture kot)... the scene went more havoc when other motorist were honking non stop for several second... then im not sure y, but the corner of my eye merely spotted a white cat on the road's pedestrian walk.. i wonder, wat was tht cat thinking during tht time and do the cat brag bout their problems in life other than having probs finding some mice for lunch and dinner? haha.. silly me rite? but yah, i guess they don't have any complex probs in life other than trying to survive... unlike human on the other side... hihi..
suddenly one more question popped itself into my mind.. Do they have feelings? or if they do, is it complex like human being? my opinion = they have but not as complex as ours.. especially when it comes to a relationship kinda thing..
u knoe, after 2 years studying at RMC, i forgot how complex a human's feeling can be.. maybe because of the 'dry' environment there kot.. haha.. but when the times goes by especially after POP, for the last 3 months i spent with my non-X-boy frenz, i realise bout it back... another opinion of mine, human's feelings or emotions are much more complex than maths.. haha.. and plus, no exercise that u can do to perfect urself in this subject.. hihi... to add up, if u take a wrong step, u cant simply erase it like that, yet time and apologize is the only cure.. for me, time is the prob coz time equal to money.. and spending time is like spending money... more time spent and i could get 'bankrupt'.. haha... especially when the guy/gurl starts to stay away from u.. haha.. in life, theres no restart or quit button or even cheat to help with our problems.. so, thats y the best cure is time... not to say tht being a cat is nice, but its just that their life is more simpler than ours.. however, without probs like this, our life wont be a fun life rite? it wud be very dull.. same like games, if the game is too easy, ud be bored after a few minutes right after u starts playing it.. haha.. 
from a stupid motorcyclist to cat and eventually to feelings eh? enough crap talking for the night.. adios amigos... =))

Biografi si Hang Kalbun : sebermulanya alkisah…

HAI!! Aku hang kalbun dari negeri taring anu… Aku bukanlah seorg yg kaye mahupun pandai… blaja baru stakat spm, so hidup ni apala sgt…. Kehidupan lak time pemerintahan monarki apekejadahnyer ni, menyebabkan org yg spesis macam aku ni terbiar terbungkang ni jalanan lah… sblum lebey sedih korg dgr cite pasal aku ni, baek aku mulakan dlu citer ni.. ehem2… Crite yg nk diceritekan ni mmg pasal aku pon senarnyer.. haha.. Kesemuanya start time aku baru masok tingkatan 4 di sekolah pondok kampong Husain onn, ataupun dalam bahasa kampong aku, form 4…. Jgn tnyer sal citer ni stat time tingkatan 4, mgkn sbb sblom ni kehidupan aku same mcm korg kot, so baek xyah citer…. So, seperti yg kita tau, form 4 ni la senarnye tahon yg free ataupon heaven sbb baru lpas PMR kan… and Alhamdulillah, PMR aku pon xdela bape elok sgt tp ok la, 8g jer…. Tehee…. so, dpt jugak la aku ni bebape offer yg bagos utk belajar, first skali kerajaan Majapahit ada offer aku further stadi  SPM dekat sekolah meninggi ilmu alam Riau, atau saser.. hihi… offer ni mmg bagos, malahan sekolah apekejadah tinggi riau tu rank first kot dalam dunie… tp aku tolak jugak sbb aku x dpt rase feel la kalo masok skola tu… so, kite pergi ke offer ke-2 plak, aku dapat offer dari kerajaan Sparta (alah, yg dalam citer 300 tuh) utk blajar asas ketenteraan dan further stadi SPM  dekat kolej tentere beraja.. or name glamor nyer RMC… biler aku dpt jer offer ni, hatiku bergelora bak tsunami melanda jepun gitu (doa2knlah ek org2 kt jepun tu)… namun begitu, lautan bergelora ni ade padahnyer… dgn cuti x sampai 2/3hari sepurnama bermaksud aku terpaksa meninggalkan isteri, Dang N serta anakku di rumah… sebaik sahaja dapat tau crite offer tu, so aku pon ape lagi, explain bagai nk rak la kt isteri aku… tangisan demi teriakan mencucuh telinga aku yg tebal ni… tapi akhirnya, dier redha dgn keputusan ku, iaitu utk mengembara dan menimba ilmu di negeri orang, Sparta… beberapa minggu sebelum seberangkatnya aku ke Sparta, isteriku mengambil keputusan utk berpindah ker negeri Johor-riau, untuk tinggal bersama ibu-bapanya… Pd mulanya aku cube menentang kerana, bapanya, Laksamana Omar, kerajaan johor-riau tidak bape suke kan aku ni, almaklumlah, dah la x pandai, misekin lak tuh…. Tapi, biler difikirkan tentang hal2 keselamatan isteri dan anakku tuh, terpaksa jugalah aku folo kehendak dier… So, selepas 2 minggu dier berpindah, aku pun pergilah ke pelabuhan tasek utara seperti yg disuruh dalam surat offer tu… ni first time aku dtg sini senarnyer, dan betullah, mmg tepat kawan2ku bercakap, sibuk belaka… Aktiviti2 memunggah dan menaikkan barang sentiasa berjalan… X pernah susut pelabuhan ni dengan kapal pedagang dari Siak, Kampar, Keling dan mane mane je la lagi.. hehe.. tapi, di satu sudut pelabuhan, ade satu kapal yg buatannya laen dr laen, ala biase la omputih, nk top jer.. hehe.. so, aku pon naek la kapal tu dengan selambanya… sebaik saje aku naek, aku ade nampak lapan buah meje berbalut kain yg berlainan warna… setiap meja dikawal oleh tige org askar yg berbadan tegap dan berbaju uniform… “kau pg B” kata salah sorg daripada pengawal pintu kapal tu kepadaku.. Aku terpinga-pinga sebentar memikirkan apekejadah mamat ni suruh aku bwat??? Tibe2, mamat tadi tu pimpin tangan aku ke meja nombor 2 dari kanan dan meja tu berbalut dengan kain kuning… Pada mulanya aku seronok jugak memikirkan dalam kepala, “waaa, aku dapat meja diraja la…”. Tapi pabila terlihat 3 org insan berpakaian segak dan tampan ala2 askar tu, membuatkan aku berfikir 2 kali, betul ker tempat aku ni, macam laen macam jer… tambahan lak, senyuman sinis yg 3 org mangkuk tu sering lemparkan aku membuatkan aku x senang duduk… pastu, salah sorg dr dorg suruh aku tulis name, nombor ic, nombor matriks dan macam2 lg nombor lah kat kertas ‘register form’ kononnyer… (aku maen sebot jer ape yg ditulis atas kertas tu).. selepas tu, aku diberikan sepersalinan pakaian hijau yg lebey kurang serupe dengan dorg pakai… yg berlainan, bilangan  stripes kat tanjak yg di’issue’kan kat aku, dorg ade yg berbunge dan bercalit, aku nyer satu jer… bapak kedekut sey.. tapi walaubagaimanapun, hati kecil ku yg berdebar ni dapat bagi aku signal, bahawa inilah tempat ku yg sebenar… di negeri Sparta, kolej tentere beraja…. End of part 1…

Pembuka Selera....

ape ape pon yang kite bwat mesti ade permulaannyer btol tak...
so, kirenyer post ni boley dikirekan sebagai permulaan bg satu perjalanan indah blog aku ni ^^
sblom tu, perkenalkn diri aku dlu yer...
name aku Amirul Ashraf, ade org panggil amirul, ade org panggil ashraf, dan juge ade org panggil aku bermacam2 name.. hahahaha... yg taley blah skali, abang askar... -,- even lecturer english aku pon panggil aku guner name tu... hahaha...
aku dlu skolah pondok jer dkt daerah hulu langat  tu.. (da name pon hulu kan)... secare lebeh spesifiknyer, kt dlm hulu tu ade satu bandar, bandar tun hussein onn namenyer... tp bandar ni bukan calang2 bandar, ade berbagai shopping mall bai, ko ckap jer ape, jusco? carefour? econsave? even MCD pon ade ko tau tak.. haha... bangge sey duduk tempat ni....
di pengakhiran pengajian di skola pondok, ade satu  pekse tu, name dier PMR... alhamdulillah, pekse tu aku dpt stret lorh.. so, aku pon sambong la stadi dkt satu institusi yg mmg gah name nyer, ROYAL MILITARY COLLEGE... inila sebabnyer org pggl aku abang askar.. hahaha... setiap ari bersusah dan tiada hari bersenang kat penjara x rasmi ni, akhirnya membuahkan hasil... stret time SPM 2010 (baru dpt result rabu lpas)...
ok, back to pasal permulaan... aku bkn ape nk blog ni... tgk dlm leptop ni, byk sgt cerite2, dr yg jiwang, sampaila antu... puisi2 dan pengalaman yg aku saje coretkan time mase lapang... tp, aku xkn post skali gus, nnt boring lak.. hahaha... sedikit demi sedikit.. lame lame jadi bukit ^^...
dan akhir skali, pasal name blog ni, 'tucnapret'... ayt ni byk maksod senarnyer, brgntg kepada si pembaca la nk interpret maksud dier ape... maksud sebenarnyer hanye akan diketahui bg si follower yg setia ^^
ok, post mgkn akan di update setiap mggu, or mungkin bebape kali seminggu, kalu aku ade time aku post la dalam erti kate laen... skang ni midsem, so, bz jer and x dpt nk post bebyk...
ok, mau bla suda, salam ^^