"tan~!! pegi amek papanyer kat tempat keje~!!" jerit mak -,- gugup sebentar denyutan jantung ku.. terkejut dibuatnyer... haha... jangan terkejut, selain daripada menjadi penanam anggur berjaya, aku juga drebar family kehormat.. haha
"okay~!!" sahut ku pendek tanpa dakwa dakwi... sememangnya aku sedikit gembira, kerna akhirnya ada juga kerja yang produktif boleh aku buat.. haha
tanpa melengahkan masa, aku bersiap, terus mencapai kunci kereta 'porsche'ku dan terus menggelungsur di jalan raya ke pejabat bapaku di bangi...
jalan jam nak mampuih gue cakap sama lu... maklumlah, org balek koje...
selesai... bapaku mencucuh rokok kegemarannya, Surya ori.. kian juga dia berkata... 'skarang ni, pupus sudah golongan yang bodoh menjadi kaya, dan terbit pula golongan yang pandai menjadi kaya..'
kening mataku meruncing, cuba untukku amati maksud yang tersirat dalam kata-katanya...
asap rokok berkepul-kepul di ruang gema, sampai membuatkan aku terbatuk-batuk kecil... dan dia menyambung lagi ' janganlah jadi macam mama and papa ni.. ambil peluang yang ada untuk belajar bersungguh2 dan berjaya... persaingan ramai skarang ni...'..
aku mengangguk, tanda faham akan maksud bicaranya tersebut... rasa salah dan kesal aku timbul karena aku tak menghargai masa di rumah.. habis-habis, lagho juga aku lakukan... MasyaAllah....
'Ane, bill~!!'... selesai membayar bill kat mamak tu, kami pulang ke rumah.... kata2 beliau sememangnya memberi kesan kepadaku ^^
p/s: gua tak saba nk masok U~!!!!

No comments:
Post a Comment