The world suffers a lot. Not because of the violence of bad people, But because of the silence of good people!...
Wednesday, 30 March 2011
Biografi si Hang Kalbun: kesengsaraan yg bermakne...
2 minggu sudah berlalu sejak aku meninggalkan tanah air tercintaku, taring anu, untuk menimba ilmu di negeri Sparta… orang putih atau orang kampong aku cakap, every new day is a new gift from god… tp, bende tu tak ley diaplikasikan kat sini.. bagi aku, kat sini, every new day is a new and better hell.. stiap ari aku kene berguling, bergulung dan ape ape jer la lagi… at first, aku igtkn after 2 minggu ni, aku dapat bersenang lenang la, rupenyer bertambah terok lagi ade la.. 3 org insan berpakaian segak dan tampan ala2 askar yang aku first jumpe dulu ku ingatkan cahaya di lorong gelap, rupenye dorg lah dalang segala kegelapan.. haha.. tugasan demi tugasan, gulungan demi gulungan, tumbukan demi tumbukan, membuatkan aku rasa menyesal meninggalkan isteriku dan anakku di rumah bapak mentua ku.. setiap hari, bebanan yg aku pikul rase makin bertambah berat.. hari demi hari berlalu, tanpa kusedari, dah 6 purnama aku bertapak di negeri orang ni tanpa apa2 jenis perhubungan dengan sanak saudara.. hatiku berbisik ‘mesti family aku igt aku da mati ni’ sambil tersenyum sinis keseorangan di tepi katilku yg berhadapan dengan wardrobe yg juga milik aku.. wardrobe aku time tu terbukak… di sisi pintu wardrobe yang sudah hampir terkopak angkara manusia x bertamadun, ada terlekatnya gambar family aku… terflashback balek time kat umah aku dulu yg x pernah kosong dan senyap sebab sentiasa diisi dengan keriangan dan teriakan anakku.. tetibe, air mata jernihku menjurai jatuh menuruni pipiku yg kasar ni… ‘dapat ker aku bertahan lagi 18 purnama disini? Adakah aku akan masih berada di sini lagi satu minggu, sepurnama, mahupun setahun akan datang?’ bisik ku dalam hati.. masa dekat sini bukanlah teman yg akan menunggu kau, tahu tahu jer, dah pon seminggu.. Alhamdulillah sering ku ucapkan sebab makin cepat masa berlalu makin singkat masa aku perlu untuk tempuhi semua ni.. tapi, cepat juga masa berlalu, banyak jugalah bende aku tempuhi… di samping masa yg berlalu deras ni, ramai juga temanku yang terkorban akibat serangan jantung, mental disorder, dan kemalangan terancang.. yg menyayat hati, kesemua keluarga mereka x tahu apa yg sebenarnya berlaku kepada mereka.. huhu.. sedih bila dikenangkan.. tapi, ape lagi nk bwat? Redah jer la… syawal kian menjelma, disebabkan jarak menjadi pengantara, aku x dpt nk balek untuk beraya bersama keluarga tercinta.. so, terpaksala aku sambut raya bersama keluarge baru aku kat sini, skuad skuad aku yang sentiasa mengambil berat sesame sendiri.. And btw, final exam nk dekat, so, bwat sementare waktu, kitab kitab ilmu yang setebal betisku tu lah menjadi teman kisah suka dan duka ku… macam biase, time exam, ibarat ada gempa bumi di dadaku dan tsunami yang sering melanda hati.. bukak jer first page kertas kasar yg tertera kod subjek dan instruction yg diperbuat dari kulit pokok tu, otak aku jadi blank… hampir setiap kertas yang aku terima, benda sama berlaku berulang kali… hanya tuhan tahu apa perasaan aku time tu.. time nk amek result, aku di asingkan dari yg laen, kononnya spesel, rupenye tujuan dorg bwat camtu utk asingkan budak yg gagal dan lulus.. dan aku antara yg gagal tu la.. kami diberi notis tentang prestasi akademik kami yg merudum tu.. macam warning letter ar… hatiku rase macam remuk gler time tu.. nk berjalan pun x bermaya, inikan pula berkawad melalui denai untuk balek ke tempat penginapan masing masing.. sampai jer ke bilik aku, aku terus lenyapkan pandangan ku ke dalam bantal busukku sampai la jeritan bangun pagi keesokan harinya… terbitnya fajar saddiq, bermakna hari baru aku di sini bermula.. tapi hari ni macam laen dari yang laen… rase macam ringan… tugasan kurang diberi, tiada lagi teriakan yang membakar gegendang telingaku yang agak tebal ni… tapi, tetibe, kami diarahkan berkumpul untuk diberitahu sesuatu… sudah 12 purnama aku stay kat sini, but inilah first time arahan diberikan dengan nada yang mendatar, tiada kemuncak macam selalu… rupanya kami dibenarkan balek ke kampong masing2 dan fully support by the kolej management.. hatiku bagaikan melonjak keluar dari dadaku sebaik sahaja mendengar kabar tersebut.. just that, tau jer la, 12 bulan tanpa kabar berita dan tetibe dibenarkan balek.. hahaha.. segala jerih dan perih ku lalui selama ni rasa macam berbaloi.. aku lebih menghargai family yang aku miliki lebih dari dulu… perkataan Alhamdulillah lagi sekali menerjah keluar dari mulut ku dan air mata yg sering menemaniku setiap malam mula menjurai keluar semula, hanya disebabkan kegembiraan ku yg teramat sangat.. so, pulanglah aku kerumah bapak mentua ku selama sepurnama… end of part 2…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment