Friday, 1 July 2011

jejak KTT.... rakan baru, tempat baru, pengalaman baru....

hari itu hari isnin... malam itu hujan renyai, buatkan jalan ke KTT basah dilitup air.... pagi yang mendung buatkan kepalaku yang sedia mamai bertambah mamai....

perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 45 minit kali ini menelan masa 2 jam.. akibat sebuah lori pasir  terbalik dan menyempang separuh jalan.....

Tiba sudah ku di KTT... kolej persediaan yang terdiri daripada 2 blok kedai... menggerunkan pabila difikirkan tentang status pendidikannya pabila dibandingkan dengan suasananya...

pendaftaran (selesai), check-in kediaman (selesai).... demikianlah 2 daripada aktiviti yang terdapat dalam senarai semakku..... aktiviti seterusnya? orientasi......

ceramah demi ceramah.... saat demi detik berlalu... bahang membuang masa kian terasa dan membakar cuping telingaku yang sememangnya nipis.... soalan ini tiba-tiba muncul didalam ruang fikiranku 'apa tujuannya diadakan aktiviti sebegini?'

tiba masanya untuk kami dibahagikan kepada 10 buah kumpulan untuk membuat persembahan di majlis penutup minggu ini... aku di dalam kumpulan ke-2 dan di'assign'kan tugasan untuk melakukan persembahan koir... selepas mesyuarat dan perbincangan diadakan, beberapa perihal ditetapkan bagi kelancaran kumpulan kami....

aktiviti berkumpulan bukanlah semata-mata latihan persembahan, akan tetapi disulami oleh permainan yang dianjurkan oleh fasilitator yang terdiri daripada pelajar senior....

agak remeh pabila difikirkan, namun gelak tawa rakan semasa bermain berjaya menambat hatiku yang sememangnya meronta-ronta untuk dibebaskan...

lama-kelamaan, fikiranku mula terikut-ikut untuk follow the flow... persembahan yang dulu ku fikirkan tidaklah sehebat dan sepenting mana aku letakkan sebagai first priority....

sampai pukul 3 kami berlatih sama-sama untuk persembahan... walau terdapat masalah teknikal, kami tempuhi bersama... aku, sbagai captain of the ship will never leave the hull though its sinking...

hari terakhir orientasi.... 5 hari sudah berlalu rupanya.... 'kejap kosai' getus hatiku... baru saja aku mulai untuk enjoy and cherishes the moment.... 

tapi kini, kenangan itu hanya mampu untukku potretkan dalam satu gambar.......


kenangan indah? lagu samson lak aih.. hahahahaha...

biarpun keseluruhannya, bukan group 2 a.k.a. chillax jadi juara, namun, dari segi enjoyment, we are the best... next time mungkin tidak lagi kami semua akan berjumpa, karena berlainan bound... 

Don't judges book by its cover
kata cikgu english ku di MTD dulu... betol katanya... biarpun KTT tu kecil dan tidak seindah taylors university lakeside campus, namun hati dan semangat pelajarnya besar.. apa mungkin lebih besar dari hati dan jiwa pelajar university laen? sudah tentu....

kian membara api 'pelajar KTT' didalam jiwaku.... tiba masanya untukku tumpukan perhatian dalam pelajaranku...

p/s- 5 hari yang sibuk, penuh aktiviti, tak sempat aku nk kontek sangat intan payung ku... cik teha.... mintak maap banyak2 cik teha, bukan karena aku lupa, tapi karena aku cinta ^^ weekend ni kiter bersua k.. ^^
 





1 comment: